Iklan Utama

Rakan-rakan FB

Thursday, March 7, 2013

Pemimpin Pengganas, Jamalul Cadang Tukar Tawanan



Setelah tak berjaya dapat gencatan senjata, kini Jamalul @ Bahlul Kiram III kini mau menukar tawanan pula berbanding menyerah diri tanpa syarat.

Beliau mendakwa empat anggota polis Malaysia telah ditawan pengikutnya yang sedang berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, tetapi polis Malaysia telah menafikannya.

Sebelum ini beliau mendakwa kumpulan diketuai adiknya Azzimudie Kiram di sabah - menawan empat anggota polis Malaysia semasa serangan ke atas balai polis di kampung Simunul di Semporna pada malam Sabtu.

Pasukan keselamatan Malaysia pula menawan 10 lelaki anggota kumpulan Azzimudie, semasa pertempuran di Kampung Tanduo Jumaat lepas.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan bahawa empat anggota polis Malaysia telah ditawan puak militan itu.


HAI MACAM2 LA SI TUA YANG PERASAN SULTAN NI, DULU ORANG BAGI PELUANG SERAH DIRI BERKERAS NAK BERPERANG..NI ORANG DAH MULA PERANG DAN BANYAK BUNUH ORANG2 DIA, TAU PULAK TAKUT..JANGAN NAK BERSANDIWARA LAGI, CUKUP LA KEMATIAN 8 ANGGOTA POLIS MALAYSIA TEMPOH HARI..PASUKAN KESELAMATAN KAMI AKAN MEMBURU SAMPAI JUMPA PENGGANAS HIDUP2 ATAU MATI

No comments:

Post a Comment

Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...