Iklan Utama

Rakan-rakan FB

Sunday, March 10, 2013

Anggota PGA di tembak di Sabah semalam




Semalam 2 anggota pasukan gerak am (PGA) cedera diserang oleh kumpulan pengganas di kampung Tanjung Batu. Mereka dilaporkan stabil di Hospital Sandakan.

Sementara itu ketika ditemui di luar Wad Ortopedik hospital itu, seorang anggota keluarga terdekat Kpl Affendi Rusli, iaitu seorang daripada anggota PGA yang tercedera, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibunya sebelum bergegas ke hospital.

Beliau, yang enggan identitinya dikenali, bagaimanapun tidak dibenarkan melawat Affendi, namun difahamkan anggota dari Batalion PGA Miri itu dihantar ke hospital pada 8.30 pagi dan menerima rawatan 
daripada doktor pakar.

"Saya dimaklumkan keadannya stabil, boleh makan dan sedang dirawat oleh pakar," katanya.

Dalam kejadian berbalas tembakan antara 8 malam semalam hingga 4 pagi ini, dua anggota PGA itu mengalami kecederaan di betis dan paha.

Laporan berita oleh BERNAMA.

No comments:

Post a Comment

Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...