Iklan Utama

Rakan-rakan FB

Friday, July 20, 2012

Kanak-Kanak



Sejak abad ke 14 Disember 1954Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCOmemerhatikan bahawa 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia “demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak.
Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.
Hari Kanak-kanak Antarabangsa dalam bahasa International Children’s Day, ICD diraikan di banyak negara, biasanya disambut pada setiap 2 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.

Tahukah kawan-kawan ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Seitzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa.
Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.

Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut.
Oleh itu, terkadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment

Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...