Dana / geran ini adalah bertujuan membantu peniaga yang menggunakan internet sebagai medium jualan barangan mereka. Dana ini tidak terhad untuk perbelanjaan internet sahaja, malah boloeh digunakan untuk menambah modal tetap pernigaan seperti komputer dan latihan kemahiran kepada diri sendiri.
Berikut ialah syarat-syaratnya :
i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii. Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Kepada peniaga yang tiada domain sendiri seperti kmfsc.com.my, jangan bimbang, anda boleh mendaftar di getmybusinessonline.com.my (Kerjasama Kerajaan & Syarikat Swasta). Dapatkan website dengan sambungan seperti .com.my atau net.my dengan hanya RM 23 setahun di situ. Template website dan cara mudah membina laman web secara write, click, drag & drop juga disediakan.
Gembar-gemburkan perkara ini kepada kawan-kawan semua.
Nota :
Geran RM 1000 untuk Peniaga Secara Online ini mempunyai dana terhad RM 50 juta sahaja (50,000 pengusaha ?) hingga akhir tahun ini. Domain FREE setahun @ getmybusinessonline.com.my untuk 20,000 pendaftar website terawal telah pun habis.
Cepat-cepat ya memohon Geran RM 1000 SKMM ini, sebelum menggigit jari.
Untuk mendaftar, sila ke SINI
.......................................................
Tidak lupa Rebat Telefon Pintar, daftar di SINI
BR1M 2.0, daftar di SINI
No comments:
Post a Comment