Iklan Utama

Rakan-rakan FB

Monday, March 18, 2013

FAM Benar Daftar 3 Pemain Tempatan


TIGA pemain tempatan dan dua import boleh didaftarkan oleh setiap pasukan menjelang tingkap perpindahan pemain yang akan bermula pada 8 hingga 22 April nanti, lapor NORASHIKIN LEMAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, musim ini FAM membuat keputusan membenarkan pertukaran pemain tempatan berbanding tahun sebelumnya.
“Namun, peraturannya berbeza dengan peraturan pertukaran pemain pada awal musim.

“Tiada tebus kontrak dibenarkan dan pemain hanya boleh berpindah hanya dengan persetujuan pihak pengurusan,” katanya ketika sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan kali ke-15 di Kelana Jaya, semalam.

Sebelum ini, melalui jendela perpindahan pemain pertengahan musim, hanya pemain baru (tempatan) dan dua import sahaja yang dibenarkan.
Pada masa sama, masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana pasukan, Hamidin turut menyeru pihak pengurusan membuat permohonan pendaftaran pemain sebelum 8 April bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...