1 - Tidak Mengkaji Siapa Pembeli Produk
Neil Patel merupakan seorang usahawan internet yang memiliki
syarikat bernilai jutaan ringgit. Kata beliau, bisnes beliau cepat
membangun kerana produk dan servis yang ditawarkan, mempunyai
sasaran pembeli yang spesifik dan jelas.
Ini bermakna, sebelum anda menjalankan perniagaan internet,
pastikan kita sudah mengenalpasti siapa bakal pembeli.
Dengan mengenalpasti siapa pembeli kita, maka ia dapat memudahkan
kita untuk mencipta mesej pada pelanggan.
2 - Pemilik Bisnes Harus Mempunyai USP
USP adalah Unique Selling Proposition. Ia dapat memberi keunikan
terhadap bisnes kita. Fungsi keunikan ini dapat membantu kita,
mengasingkan diri daripada pesaing yang lain.
Salah satu contoh USP yang baik adalah Pizza Hut, iaitu 'Pizza akan
sampai ke rumah anda dalam masa kurang 30 minit, atau kami akan
berikan ia percuma.'
3 - Laman Web yang Mesra Pembeli
Laman web yang cantik desainnya tidak menjamin akan meningkatkan
jualan di internet. Ini kerana pembeli kini lebih bijak, dan mereka
mahu beli sesuatu dengan mudah.
Ahmad Rizalman Ali boleh lihat sendiri laman web Mudah.my, yang menjadi
popular dalam masa yang singkat. Ini kerana fungsi untuk penjual
dan pembeli adalah ringkas dan mudah.